Tuesday, June 21, 2016

"Celebration"

"20 Jun 2016 (Isnin), Kaherah: Nor Alifluqman bin Nor Azmin, seorang pelajar Malaysia dilaporkan telah meninggal dunia di asrama negeri Selangor pada pagi Isnin, 20 Jun 2016. Arwah adalah pelajar markaz lughah Syeikh Zayed dan dijangka akan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar pada sesi akan datang.
Jenazahnya telah dimandi, dikafan dan disolatkan di hospital Mubarrah Masr al- Qadima. Jenazah tersebut akan dihantar pulang ke tanah air atas permintaan keluarganya. Keranda jenazah akan diterbangkan ke Malaysia pada pagi Selasa 21 Jun dan dijangka sampai pada petang Rabu, 22 Jun di lapangan terbang antarabangsa KLIA.
Pengurusan jenazah dilakukan pihak pejabat Atase Pendidikan Selangor dengan kerjasama pejabat Atase Pendidikan Wilayah dan dibantu oleh pegawai-pegawai KBMK, Atase Pendidikan Negeri-Negeri serta Persatuan Pelajar Anak Negeri Selangor. TYT Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir dan Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah turut menziarahi jenazah berkenaan."


A: Wehh. sedih nyaaa. rasa nak nangis
S: kenapa? 
A: hmmm ntahh. ni ada berita orang meninngal. 
S; kenapa nak sedih? bukan kita patut happy ker? 
A: xlah. ak sedih sebab aku terbayang macam mana kalau yang dalam keranda tu aku. aku balik malaysia, mak ayah aku tengok aku dalam keranda.
S: Allah tu takkan ambil nyawa hamba Dia sampai hambaNya melaksanakan tugasan sebagai Abid dan Khalifah secara total. Ataupun Allah tu akan ambil nyawa saat iman hambaNya di tahap tertinggi 
A: ameeen..
S; haritu, kawan aku nak join contest. tema dia Celebration. dia Non Muslim.. so kitorang bajet ah dia nak buat pasal Thaipussam ke, birthday ke amende ke. sekali dia cakap dia nak buat pasal DEATH. dah semua orang terus krik krik. Aku pon tanya ah asal death as celebration lak??
Beliau: bukan ke death tu memang celebration. Door of heaven opened, you can meet your God. Isn't it written in your Quran? So surely we will be happy to see our lord.
--------

Surah AtTaubah. Ayat 089.
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.



Surah AtTaubah. Ayat 072.
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredhaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.


---------------

Dan harini persepsi ku terhadap kematian berubah. 
Kematian itu sepatutnya yang kita nantikan.
Cuma seni dan cara kematian itu perlu dicipta daripada sekarang. 
Agar pulang bertemu Allah dengan Qalbun Salim.

Death is a celebration.


NunieyJay
22Jun2016
Mansoura,Egypt

1 comment:

Maryam Badar said...

waah hani ini adalah satu pemikirang yg inovatif belum terlintas lg di dlm fikiran Maryam Alhamdulillah kita ni macam langit dan bumi/ utara dan selatan patutlah kita ni berfikir oposit gilerrr.... *_^